Link2

Friday, August 27, 2010

My Family


           -gambar sanding adik perempuan aq ngn suami dy-


Ini adalah keluarga ku yang tercinta..aku ada ayah,ibu dan adik-adik ku...

Kepada ibunda ku Fadzillaton dan Ayahanda ku Mohd Adi :
Teima Kasih atas penjagaan,layanan dan didikan selama saya hidup didunia ini dengan bertujuan untuk menjadikan diriku insan yang berguna dan mempunyai cita-cita besar untuk menolong beliau pula apabila mereka sudah tua nanti...Penghargaan mereka amat saya hargai dan segala jasa budi mereka tidak terhingga.Sekarang adik perempuan sudah berkahwin dengan kawan saya sendiri...so tnggungjawab dia pada suaminya....

Ianya tidak sama seperti wang ringgit atau harta benda..semua itu adalah duniawi dan sementara sahaja tetapi jika kita mencintai keluarga kita dan menjaga maruah mereka serta mendoakan mereka...ALLAH S.W.T akan memberikan ganjaran dan pahala kepada orang yang berbuat demikian tanpa menghiraukan kebendaan dan harta yang hanya sementara...Ampunilah dosa-dosa anak-anak mu ini yang selama ini ada terbuat perkara tidak baik dan ada tertinggikan suara..Ampunilah anak-anak mu ini wahai ayah dan ibu ku...

Setelah saya berjaya..saya akan membawa mereka menunaikan haji di tanah suci Mekah dan menjejakkan kaki serta bersembahyang dan juga melawat makam Nabi Muhammad s.a.w,Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab di dalam Masjid Nabawi serta tidak lupa juga memberi layanan seperti mereka melayan saya selama ini....

Nasihat pada rakan-rakan yang membaca blog saya ini :

Bagi insan yang tiada ibu atau ayah atu kedua-duanya maka sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah semoga roh beliau dicucuri rahmat.Tidak lupa juga doa ibu bapa perlu dibaca setiap selepas solat fardhu....Jangan lah kita menderhaka kepada ibu bapa kerana Allah s.w.t akan murka pada Orang yang menderhaka ibu bapa...Ingatlah HARGAILAH SERTA HORMAT PADA IBU BAPA KITA...Wassalam

My Fwens


-- Nazir...Wan Jamban...Sufian...Asyraf...Acca(Shahrul)...Hazaril...Islam--

Ini adalah teman seperjuangan di Taman Rinting....kami kenal masing-masing sejak dari dibangku sekolah samada rendah atau menengah...Banyak kenangan tidak terhingga bersama kawan-kawan...
Terima Kasih Kawan-Kawan Semua

Tool & Die Crew (Team Nasyid)




Kenangan semasa aq berada dengan kawan-kawanku jurusan Alatan Dan Acuan IKBN Pagoh dengan memasuki Pertandingan Nasyid Peringkat IKBN Pagoh dengan menandingi jurusan lain yang memasuki pertandingan ini seperti jurusan Mekanik Indistri menghantar 2 pasukan,Kimpalan dengan satu pasukan dan saingan terhebat ialah jurusan Pemesinan Am..

Semasa pertandingan bermula,semua jurusan membuat pelbagai persembahan dengan baik dan dengan sorakkan yang padu dari penonton...

Tiba kemuncak acara penyampaian hadiah,ramai ternanti-nanti kemuncak itu...
Tempat Kelima dan Keempat : Jurusan Mekanik Industri
Tempat Ketiga : Jurusan Kimpalan
Tempat Kedua : Jurusan Pemesinan Am
Juara : Jurusan Alatan Dan Acuan

Pada masa pengumuman antara tempat kedua dan juara...kami dah agak jurusan pemesinan am adalah juara tetapi apabila Mc berkata Juara Jurusan Alatan Dan Acuan!!!..terus kami sorak dengan paluan kompang sambil mengambil hadiah dan sijil penghargaan....

Sebelum ini,kumpulan nasyid dari Jurusan Alatan dan Acuan tempat kedua manakala juara adalah Jurusan Pemesinan Am,Jurusan Kimpalan temapt ketiga dan Jurusan Mekanik Industri tempat keempat..

Sweet Memory Tool & Die Level 4 (DIPLOMA)

 

Saturday, August 14, 2010

Salam Perkenalan

This is me n call me is....my age this year is 22 n i'm stdy in IKBN PAGOH with course Diploma Pembuatan Dan Perkakasan (Tool & Die)...Now i work in SHIMANO factory in pekan nenas as QA Technician in QC department n i handle my new model pedal bike.....